Kamis, 18 Agustus 2011

Charles Babbage

Charles Babbage dilahirkan pada tahun 1791 di England. Beliau merupakan seorang perekacipta dan mahir dalam bidang matematik. Pada suatu hari apabila beliau cuba menyelesaikan beberapa masalah matematik, beliau mendapati bahawa jadual-jadual matematik yang beliau gunakan penuh dengan beberapa kesilapan. Beliau memutuskan bahawa suatu mesin boleh direkacipta yang membolehkannya memnyelesaikan masalah matematik dengan mengira perbezaan antara dua persamaan matematik. Oleh itu beliau membuat satu mesin demonstrasi yang dipanggil mesin pembeza (difference engine). Mesin yang diciptanya mendapat sambutan yang baik sehinggakan pada tahun 1830 beliau telah memutuskan untuk memulakan pembinaan ke atas satu versi model mesin pembeza yang sempurna, dengan bantuan kewangan dari kerajaan British pada masa itu.

Walau bagaimanapun, beliau mendapati bahawa kesilapan-kesilapan yang terkecil adalah cukup untuk membuatkan mesin yang direkanya tidak berfungsi. Beliau telah dipandang rendah oleh rakan-rakan seperjuangannya yang menganggapnya sebagai seorang yang hendak mencipta sesuatu mesin yang cukup mustahil. Akhirnya kerajaan British menark balik bantuan kewangan yang diberikan kepada beliau.

Namum begitu, beliau tidak putus asa. Beliau kemudiannya merekabentuk sebuah mesin yang lain, dipanggil mesin analitikal (analytical engine), di mana mesin tersebut berupaya menyelesaikan pelbagai masalah matematik. Mesin itu juga tidak pernah dibina oleh beliau pada masa itu, tetapi ia merangkumi lima bahagian utama yang terdapat pada komputer-komputer masa kini, iaitu:
sebuah alat input,
sebuah ruangan ingatan untuk menyimpan nilai nombor yang hendak diproses,
sebuah pemproses (processor) atau pengira nombor,
sebuah unit kawalan untuk mengarahkan tugas-tugas yang akan dijalankan dan turutan pengiraan, dan
sebuah alat output.

Jika Charles Babbage adalah bapa kepada komputer, maka Augusta Ada Byron (kemudiannya dikenali sebagai The Countess of Lovelace) adalah merupakan pengaturcara (programmer) yang pertama sekali di dunia. Beliau telah membantu Babbage dalam merekabentuk arahan-arahan untuk mengendalikan proses-proses pengirann untuk mesin analitikal tersebut. Penglibatan beliau tidak boleh diperkecilkan: beliau telah memastikan bahawa secara teorinya rekacipta Charles Babbage boleh berfungsi. Tambahan pula, beliau telah menerbitkan beberapa siri nota-nota yang kemudiannya membolehkan mereka pada masa kini merealisasikan impian Charles Babbage.

0 komentar:

Posting Komentar